WeEkEnDs......................

31 March 2008

tak tahu nak letak entry tajuk ape so aku bedal je tajuk tu.. cite pun takde yg menarik just ank tempek gmbr. cuti ari tu aku saje buat ayam percik. resepi aku dapat dr kad resepi yang ade diletak dlm pek pampers. mula buat cam tak jadi.. bila dah siap bg hb rasa dia kata "fuh leh layan, cuma lagi terangkat kalau dibakar atas bara api" manale aku nak cari bara api nak panggang kat apartment tu.. kang ade lak apartment yg hnagus terbakar,,, he he.. so aku panggang dlm oven je.. yg pasti kuah tu leh layan . balik ipoh nanti cuba buat lagi leh le panggang betul2 atas bara. yg si azura lak.. siap kata rasa cam ayam percik ayamas... ade ke patut??? ape-ape jelah.. layan je....

ayam percik versi Lieza
sambal tumis sotong
sayur tumis

itule menu aku yg tak berapa terror nak masak tp sibuk nak tempek gak dlm blogs ni..

Read more...

GaYa TiDuR......zzzzzzzzz.........

28 March 2008

entry kali ni saje aku tempek berkisar gaya tidur coz sejak akhir-akhir ni anak aku tersuka buat gaya menonggeng cam kat bawah ni... so skrg aku dah tahu kalau dia dah buat camtu maknanye dia dah hampir terlelap atau tengah cari 'feel' nak tido.

he he faidhi dah terlena..

so kat bawah ni ade rahsia gaya tidur.. tp ni bukan tafsiran untuk gaya tidur baby or kanak-kanak..

Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.

JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.

TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.

PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.

ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.

FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)

Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.

PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.

Read more...

Kisah Sehelai Bulu Mata

11 March 2008

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumus kandirimu sendiri ke dalam dosa" Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyang ada. Kemudian dia pun menyanggah,

"Mana saksi-saksi yang
engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."
Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yang merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap" Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu""Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikankesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..."

----------------------------------------------------------
----------

MORAL:

Sebagai Muslim, kita janganlah sekali-kali berputus asa dari mengharapkan rahmat Allah walaupun kita punya sejarah yang hitam. Apa yang penting ialah bertaubat atas segala kesalahan dan keterlanjuran.
Tapi kisah ini bukan pula jadi tiket untuk kita buat dosa. Ada orang berfikir 'masa muda ini enjoylah puas-puas, nanti dah tua baru taubat'. Ini cara berfikir yang salah. Belum tentu kita boleh capai umur tua. Ramai yang telah pulang ke rahmat Allah ketika umur masih terlalu muda. Taubat sebaliknya dilakuakn setiap hari, dilakukansemasa muhasabah diri, yang sebaiknya dilakukan setiap hari juga.

Read more...

Ape Dah Jadik....

10 March 2008

entry kali ni for sure le berkisar pasal pilihanraya. sana-sini org berkata pasal pilihanraya. yes.. penggal ni keputusan pilihanraya mengejutkan banyak pihak terutama org2 BN le yang terlalu confident akan menang mudah. tup-tup 5 negeri dah ditawan pembangkang. bagi aku apepun yang pasti negara kita aman. jgnle duk pikir kalau negeri kita ditawan pembangkang.. akan jadi kacau bilau le.. itule .. inile.. semua yg negatif je kita pikir lagipun kita kan ade PDRM . semua yang berlaku ade hikmahnye. masa nilah kerajaan dulu akan buka mata dan kaji di mana kelemahan dan kesilapan mereka hingga rakyat hilang kepercayaan.. bayangkanlah harga barang naik, tol naik , minyak naik... yang kaya makin kaya.. rakyat yg susah ni.. politik oo.. politik.. macam tu jugakle politik yg berlaku kat UPSI ni ( rasanye semua jab kerajaan alami fenomena camni) kalau diri bkn jenis kaki kipas or kaki aircond.. sampai ke tuale ko tak naik.. sampai ke pencen le tahap tu gak.. satu lagi cara keje le kat bahagian tertentu fo sure le korang cepat naik.. atau pun mcm member aku ckp.. pastikan ko ni kuar minum pagi lama2 ( sejam ke 2 jam. . lagi lama lagi baguih) pastu kaki ngulat.. rasanye org kategori ni pun dipandang supaya SENANG naik pangkat.. entahle... berbeza sungguh dgn swasta coz sape pun ko kalau prestasi ko memberansangkan.. dan buat company byk income.. ko tentu senang naik....

berbalik pada cite pilihanraya,,,,for pembangkang yang menang tu, make sure janji yang ditabur ditunaikan jangan setakat janji masa nak pancing undi... bagi negeri ku PERAK DARUL RIDZUAN.. kita semua rakyat Perak ni akan terima MB baru. so.. tak kisahle dia dr parti mana yang pasti dia MELAYU yang lagi penting dia ISLAM k( coz Undang2 Tubuh Neg Perak dah tetapkan MB Perak mesti Melayu, Islam) kita berikan kerjasama supaya dia leh memimpin dan membangunkan PERAK dan tidak mengabaikan kebajikan rakyat.
bagi aku yang baru first time layak ngundi ni, agak terkejut le kali pertama ngundi dah lihat perubahan besar camni. apepun aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia. tapi yang pasti kata-kata mantan PM kita Tun Mahathir byk mempengaruhi aku berkaitan pilihan raya ni. he he.. so.. aku undi ape.. ITU RAHSIA ..... tp Tun Mahathir ternyata The Best Malaysian PM (bagi akule).. permikiran dia.. tindakan dia yang berani... mmg ternyata dia seorang PEMIMPIN.. mungkinkah ade lagikah pemimpin sepertinya di Malaysia ni???

ni le kertas ngundi aku ari tu

p/s : syok gak ngundi ari tu coz aku gi beramai-ramai. abah, emak, pali , koji ngan aku. Hb dan faidhi ngikut jelah coz hb ngundi tempat lain.

Read more...

No KeLaHiRaN

04 March 2008

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb,20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb,21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb,22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb,23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb,24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb,25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb,26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb,27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

No. 1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu,degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati,peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.

Pasangan ideal anda adalah no.4,6,8.

No. 2

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.

Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.

Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

No.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan bantu ahli keluarga atau kawan- kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wangringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walaubagai manapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.

Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No. 5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu- buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.

Pasangan ideal anda adalah no.1, 2, 9.

No.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangatpandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,baik hati (tapi tanya orang yang beranggapan anda orang baik),mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.

Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

No. 7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.

Pasangan ideal anda adalah no.2.

No. 8

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.

Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No. 9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s : aku no 1, hb no 4... he he tapi jgn caya 100% .. ini hanyalah ramalan semata-mata..

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP