Ape Dah Jadik....

10 March 2008

entry kali ni for sure le berkisar pasal pilihanraya. sana-sini org berkata pasal pilihanraya. yes.. penggal ni keputusan pilihanraya mengejutkan banyak pihak terutama org2 BN le yang terlalu confident akan menang mudah. tup-tup 5 negeri dah ditawan pembangkang. bagi aku apepun yang pasti negara kita aman. jgnle duk pikir kalau negeri kita ditawan pembangkang.. akan jadi kacau bilau le.. itule .. inile.. semua yg negatif je kita pikir lagipun kita kan ade PDRM . semua yang berlaku ade hikmahnye. masa nilah kerajaan dulu akan buka mata dan kaji di mana kelemahan dan kesilapan mereka hingga rakyat hilang kepercayaan.. bayangkanlah harga barang naik, tol naik , minyak naik... yang kaya makin kaya.. rakyat yg susah ni.. politik oo.. politik.. macam tu jugakle politik yg berlaku kat UPSI ni ( rasanye semua jab kerajaan alami fenomena camni) kalau diri bkn jenis kaki kipas or kaki aircond.. sampai ke tuale ko tak naik.. sampai ke pencen le tahap tu gak.. satu lagi cara keje le kat bahagian tertentu fo sure le korang cepat naik.. atau pun mcm member aku ckp.. pastikan ko ni kuar minum pagi lama2 ( sejam ke 2 jam. . lagi lama lagi baguih) pastu kaki ngulat.. rasanye org kategori ni pun dipandang supaya SENANG naik pangkat.. entahle... berbeza sungguh dgn swasta coz sape pun ko kalau prestasi ko memberansangkan.. dan buat company byk income.. ko tentu senang naik....

berbalik pada cite pilihanraya,,,,for pembangkang yang menang tu, make sure janji yang ditabur ditunaikan jangan setakat janji masa nak pancing undi... bagi negeri ku PERAK DARUL RIDZUAN.. kita semua rakyat Perak ni akan terima MB baru. so.. tak kisahle dia dr parti mana yang pasti dia MELAYU yang lagi penting dia ISLAM k( coz Undang2 Tubuh Neg Perak dah tetapkan MB Perak mesti Melayu, Islam) kita berikan kerjasama supaya dia leh memimpin dan membangunkan PERAK dan tidak mengabaikan kebajikan rakyat.
bagi aku yang baru first time layak ngundi ni, agak terkejut le kali pertama ngundi dah lihat perubahan besar camni. apepun aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia. tapi yang pasti kata-kata mantan PM kita Tun Mahathir byk mempengaruhi aku berkaitan pilihan raya ni. he he.. so.. aku undi ape.. ITU RAHSIA ..... tp Tun Mahathir ternyata The Best Malaysian PM (bagi akule).. permikiran dia.. tindakan dia yang berani... mmg ternyata dia seorang PEMIMPIN.. mungkinkah ade lagikah pemimpin sepertinya di Malaysia ni???

ni le kertas ngundi aku ari tu

p/s : syok gak ngundi ari tu coz aku gi beramai-ramai. abah, emak, pali , koji ngan aku. Hb dan faidhi ngikut jelah coz hb ngundi tempat lain.

5 comments:

Anonymous March 10, 2008 at 5:09 PM  

ni mesti tak berapa tau bab pemerintahan . Memang le org islam sebab undang2 tubuh kerajaan negeri perak tak nak non-muslim jadi MB tapi...harga yang tinggi perlu dibayar oleh org melayu@islam kat perak.. sebab walaupun mb islam tapi 7 exco dap dah rancang nak pegang, 2 aje bagi kat PAS(islam) dan 2 kat PKR(indu). utk pengetahun puan exco ni le yang akan meluluskan dasar2 negeri MB hanya akan baca apa yang dah diluluskan oleh exco so utk kata lain kalu pas jadi MB...pun hanya sebagai boneka aje le..lagi satu puan.. sebenonya kalu takdak undang-undang tubuh ni MB pun dap@cina nak sapu. nasib baik ada sultan. Lepeh ni jgn banyak kuil dari masjid udahle..

Anonymous March 10, 2008 at 5:12 PM  

betui org yg nie ckp..bloogger nie x fhm nie...PAS sbg boneka(yg jd MB) je yang...DAP sume sapu...

MaDaM LiEzA March 11, 2008 at 10:34 AM  

alo..kawan.. perak menang simple majority. so bukan senang nak gubal undang sesuka hati tanpa keputusan majoriti 2/3.. so BN still ade peluang untuk bersuara.. faham tak SIMPLE MAJORITY..... jgnle cepat melatah...

Anonymous March 11, 2008 at 10:56 AM  

askum kawan..awak ni bercakap ikot perasaan tapi tak berkata-kata mengikut undang2..maksudnye pembangkang memerintah perak dengan simple majority adalah sama seperti pas memerintah kelantan 4 tahun dahulu ade ke saudara menyedari situasi itu, yg mane hanya memerintah tetapi tidak boleh menggubal undang2 ataupun akta & juge ape2 enakmen2 dengan suke ati bapak diaorang...perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnye 2/3 daripada ahli dewan undangan negeri. sudah tentulah pihak2 cina & india ni tak leh nak wat suke ati diaorang kan..so ianya lebih baik berbanding dengan orang yg dapat membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan & pandangan orang lain yg selama ni kite alami kenaikan demi kenaikan harga barang yg berlaku. ade ke diaorang memikirkan tentang rakyat yg tidak berkemampuan. keputusan pada pilihanraya kali ini adalah cetusan rasa ketidak puasan hati rakyat & mereka harus menerima keputusan ini kerana ini semua adalah datangnye daripada kesilapan & ketidak perihatinan mereka mendengar suara rakyat. bn perlu kaji semula kesilapan meraka jangan asyik menuding jari kepada pembangkang bak kate pepatan meludah ke langit terpalit ke muka sendiri. muhasabah diri terima keputusan rakyat jangan bertidak mengikut perasaan bertindak la mengikut suara iman.

Anonymous March 11, 2008 at 11:03 AM  

yo.. sokong seperti yg sedara ketiga ni ckp.. sedara yg memula ni cepat sgt melatah.. ni le org Melayu yang tak boleh terima perubahan.. macam mana nak mahju kalau asyik duk je bwh tu... lagipun Perak kan ade Sultan sbg KETUA NEGERI jadi ape nak dirisaukan... kata org tak paham ... diri sendiri cermin dulu...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP