TULANG RUSUK...

07 May 2007

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?LELAKI : Kamu!!!WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lenatidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencaritulang rusuknya yang hilang dan saatmenemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manisuntuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu haripada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dialafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untukdiceduk kembali. Dengan berlinang airmata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu,biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahuiW ANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan danperpisahan, mereka dipisahkan hanyaoleh sebuah dinding pembatas.LELAKI : Apa khabar?WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?LELAKI : Belum.WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.Saya akan kembali 2 minggu lagi.Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu dihujung lafaz "Selamat tinggal..."Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu,sekali lagi, LELAKI meneguk kopinyadan kembali merasakan sakit dihatinya.Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknyasendiri yang telah dengan bodohnya diapatahkan.....Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.Dan akibatnya adalah penyesalan.Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuhhati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata katayang kamu ucapkan akan menyakiti orangyang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yangdicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-katayang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP