Kisah Sehelai Bulu Mata

11 March 2008

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumus kandirimu sendiri ke dalam dosa" Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyang ada. Kemudian dia pun menyanggah,

"Mana saksi-saksi yang
engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."
Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yang merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap" Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu""Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikankesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..."

----------------------------------------------------------
----------

MORAL:

Sebagai Muslim, kita janganlah sekali-kali berputus asa dari mengharapkan rahmat Allah walaupun kita punya sejarah yang hitam. Apa yang penting ialah bertaubat atas segala kesalahan dan keterlanjuran.
Tapi kisah ini bukan pula jadi tiket untuk kita buat dosa. Ada orang berfikir 'masa muda ini enjoylah puas-puas, nanti dah tua baru taubat'. Ini cara berfikir yang salah. Belum tentu kita boleh capai umur tua. Ramai yang telah pulang ke rahmat Allah ketika umur masih terlalu muda. Taubat sebaliknya dilakuakn setiap hari, dilakukansemasa muhasabah diri, yang sebaiknya dilakukan setiap hari juga.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP