SALAM RAMADHAN

29 July 2011


sempena bulan mulia ramadhan yg akan tiba tak lagi ni... aku nakwish pada semua :

  • minta ampun maaf andai ade menyinggung, mengguris hati sesape
  • moga kita dipanjangkan umur bagi menjalani ibadah puasa ni dengan penuh keberkatan
  • harap-harap aku dapat puasa sepenuhnye... means semua deria puasa... NO ngumpat2, NO dengar perkara bukan2, NO pandang bukan-bukan .. aminnnnnnnnn....

Read more...

Cerita jun tak abih lagi ni…

14 July 2011


1 jun 2011 permulaan aku di tmpt keje baru.. tak yah ko kecoh sgt lieza oiii bukan jauh pun ha ha ha.., tak kira arr nak cite gak…

Ekceli aku dapat pertukaran dalaman yang mana aku yg mohon…. So bg aku ade beza le statement “DITUKARKAN” dengan “MEMOHON PERTUKARAN” ade beza kan .. dari segi makna boleh ditafsirkan macam-macam….

So kepada kengkawan aku honestly mohon tukar atas dasar nak berubah angin serta nak cari pengalaman lain. Lagi satu aku plg nyampah dengan alasan bodoh panel kenaikan pangkat yang aku belum layak kerana masih bertugas di Jabatan yang sama. Tiada perkembangan kerjaya katanya… so sebagai menyahut cabaran aku minta tukar.. walaupun agak lama akhirnya permohonan aku diterima…

Maklumle dari hari aku jejak kaki di UPSI 11 Mac 2002 sehingga 31 Mei 2011 aku masih di jabatan yang sama. Bayangkan bos bertukar,,, officer bertukar… nama jabatan pun bertukar dari asal Pusat Penjaminan Kualiti jadi Pusat Pembangunan Akademik & Kualiti jadi Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti…

Dari awal telah aku ‘set’ kat minda… ape2 suasana baru aku mesti terima kerana ini ako yg mohon.. walaupun tempat yg depa campak aku ni bukan tempat yang menjadi pilihan aku…. Kerana dah mcm2 aku dengar.. tetapi bg aku dengar dan alami dua perkara yg amat berbeza… so positif kan diri…

Ternyata aku alami perkara yang sering dikatakan…. Tak perlulah aku bercerita takut membuka aib sesiapa dan takut jadi fitnah… Cuma ape yg aku doa sekarang Allah beri aku kekuatan menghadapi semua dugaan ni dengan tabah… berat aku nak hadapi sorang diri… aku nak dptkan sokongan… aku sendiri menjadi sandaran dan harapan utk perubahan baik yang diharapkan… jadi hanya Allah tempat aku mengadu dan memohon kekuatan … amin….

Read more...

bulan jun 2011.... akan terus ku kenang.. kenapa????

07 July 2011


13 MEI 1998 – 5 JUN 2011

Bulan Jun macam2 yg berlaku sampai aku tak tahu mana satu nak diceritakan… yg nyata semua yang terjadi bagi aku ade hikmah….

yang paling menggembirakan aku sekeluarag terutama ibu bapa aku adalah.. kakak kandung aku yang terpisah sejak 13 Mei 1998 telah kembali ke pangkuan kami sekeluarga… yang tahu cite ni akan tahu sejarah asal.. yang tak tahu biarlah aku ringkaskan…

berlaku konflik dalam keluarga sehingga abg ipar aku bertindak melarikan & menyembunyikan kakak aku dari kami sekeluarga. Pelbagai cara telah kami usahakan untuk mendapatkan dia kembali.. hari berlalu.. bulan berganti tahun hinggalah 4 Jun 2011. karnival upin & ipin yang diadakan di stadium indera mulia Ipoh menjadi tempat pertemuan…

Ikutkan aku ade ternampak kakak aku tetapi aku hanya perhatikan dari jauh . entah kenapa berat sekali hati aku utk pergi menegur. So aku ajak hubby terus balik rumah mak abah utk beritahu yg kakak aku ade di sana. Sesampai di rumah … umah mak aku berkunci… pelik.. mak tahu aku nak balik hari ni biasa dia takkan ke mana-mana.

Aku telefon hp abah…. Ya Allah … Engkau penentu segala.. rupanye abah ngan mak mmg dah stadium tu.. ade kenalan emak call bgth nmpk kakak.. dan minta mak dtg sana… masa aku call tu mmg mak ngan abah tengah berlaku drama “jejak kasih’…

Esok 5 Jun 2011.. kakak aku beserta suami dan anak dia dtg ke rumah mak.. berlaku le jejak kasih kali ke 2.. rupanye selama ni.. mcm2 perkara yang tak dijangka menimpa kamis ekeluarga tanpa disedari.. kakak aku pulang dgn seribu satu cerita… ade yg baik & buruk.. apepun .. yang penting kami sekeluarga telah kembali bersatu… senyuman mak & abah terukir setelah sekian lama merindui anak sulung mereka.

YA ALLAH YA TUHANKU, TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.. AKU BERSYUKUR.. LINDUNGILAH KAMI SEKELUARGA DARI NIAT SERTA PANDANGAN JAHAT ……..


p/s : sehingga hari ni semuanye kembali seperti dahulu seperti yang diharapkan. kakak aku dan keluarganye sering dtg rumah mak & abah.. dan bermalam di sana....

Read more...
Loading...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP