Cerita jun tak abih lagi ni…
14 July 2011
1 jun 2011 permulaan aku di tmpt keje baru.. tak yah ko kecoh sgt lieza oiii bukan jauh pun ha ha ha.., tak kira arr nak cite gak…
Ekceli aku dapat pertukaran dalaman yang mana aku yg mohon…. So bg aku ade beza le statement “DITUKARKAN” dengan “MEMOHON PERTUKARAN” ade beza kan .. dari segi makna boleh ditafsirkan macam-macam….
So kepada kengkawan aku honestly mohon tukar atas dasar nak berubah angin serta nak cari pengalaman lain. Lagi satu aku plg nyampah dengan alasan bodoh panel kenaikan pangkat yang aku belum layak kerana masih bertugas di Jabatan yang sama. Tiada perkembangan kerjaya katanya… so sebagai menyahut cabaran aku minta tukar.. walaupun agak lama akhirnya permohonan aku diterima…
Maklumle dari hari aku jejak kaki di UPSI 11 Mac 2002 sehingga 31 Mei 2011 aku masih di jabatan yang sama. Bayangkan bos bertukar,,, officer bertukar… nama jabatan pun bertukar dari asal Pusat Penjaminan Kualiti jadi Pusat Pembangunan Akademik & Kualiti jadi Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti…
Dari awal telah aku ‘set’ kat minda… ape2 suasana baru aku mesti terima kerana ini ako yg mohon.. walaupun tempat yg depa campak aku ni bukan tempat yang menjadi pilihan aku…. Kerana dah mcm2 aku dengar.. tetapi bg aku dengar dan alami dua perkara yg amat berbeza… so positif kan diri…
Ternyata aku alami perkara yang sering dikatakan…. Tak perlulah aku bercerita takut membuka aib sesiapa dan takut jadi fitnah… Cuma ape yg aku doa sekarang Allah beri aku kekuatan menghadapi semua dugaan ni dengan tabah… berat aku nak hadapi sorang diri… aku nak dptkan sokongan… aku sendiri menjadi sandaran dan harapan utk perubahan baik yang diharapkan… jadi hanya Allah tempat aku mengadu dan memohon kekuatan … amin….
0 comments:
Post a Comment