CUTI RAYA QURBAN...

26 December 2007

seperti biasa cuti raya tak kemana... just ke rumah mak aku ngan mertua.. coz dekat-dekat je.. malam tu kat umah mertua buat "bbq".. diketuai oleh abg long (biras aku) sbg pembakar.. asst. nye hubby aku le.., k'long ( kakak ipar aku) selaku ketua chef), k ngah(kakak ipar aku) jadi pengasuh kepada anak2 sedaranye... aku lak jadi semua.. ikut dan je (kata org utara)malam tu berpeluh-peluh le kitaorang mengipas... dan juga melantak.. sedap hingga menjilat jari kaki.. huhuhu....
kat bawah ni gmbr-gmbr budak2 tu yg sibuk berposing.. sampai aku lupe ambik gmbr kitaorang yg dah bermandi peluh tu..


faidhi @adeq pedy ngan damiya @ (kak yong)

damiya (k yong) , faidhi (adeq pedy), arissa (k ngah)

angkat kaki!

angkat kaki bersama!!!!!!!

angkat tangan!!!

bye!!!!!!!!!

Read more...

COMEL ( p/s : sebelum baca citer ni korang kena baca dulu posting aku yg kat bwh ni)

06 December 2007

COMEL

“Hello, Assalammualaikum….. Kenal saya lagi?”

“Siapa ni?”

“ Comel tak kenal saya lagi? Maklumlah sape le saya ni”

Argh!! Tiba-tiba aku terasa jantungku berdenyut deras, dadaku bagai nak pecah. Suara yang amat aku rindui sejak 4 tahun lalu. Mengapa dia muncul kembali di saat aku hampir-hampir berjaya mengikis ingatan terhadapnya. Panggilan ‘COMEL’ yang diberikan ……… Aku tahu tiada orang lain selain dia aku benarkan untuk memanggilku dengan panggilan yang diberinya. Selepas dia, panggilan itu seakan satu ejekan buatku.

************************

Kenangan lama muncul kembali. Dataran Merdeka tempatku menghabiskan masa lapang dengan Reha, sahabat baikku. Kerana perangai itulah juga kami berdua sering dileteri ibu. Kata ibu tidak manis anak gadis melepak. Tapi kerana kedegilan kami terus juga melepak kerana itu saja tempat aku dan Reha dapat berbual-bual panjang. Tempat itu jugalah menjadi tempat release tension setelah bertahun bergelumang dengan buku dan setelah berperang dengan peperiksaan.

Di situ jugalah detik permulaan antara aku dan Fakhrul. Masih segar lagi di ingatanku, seraut wajah yang nampak serius tiba-tiba menghampiriku lalu memulakan sapaan perkenalan. Akhirnya gelaran ‘ COMEL’ diberikan gara-gara aku tidak langsung menyahut salam perkenalan darinya. Apatah lagi memberitahu namaku. Aku ingat lagi sebelum beredar dia sempat menghulurkan no. telefonnya. “ Tak putus asa nampak gayanye mamat ni, ” getus hatiku.

Seminggu kemudian atas desakan Reha aku memberanikan diri menghubungi Fakhrul. Dari saat itu kami sering berhubung. Hari ke hari tanpa kusedari aku mula menyimpan perasaan terhadap Fakhrul walaupun antara aku dan dia hanya berhubung melalui telefon. Hatiku seakan gembira untuk menerima kehadirannya. Pelik juga, ramai yang cuba mencuri hatiku tapi Fakhrul yang berjaya bertakhta di hatiku. Tapi aku sendiri tidak tahu apa pula perasaan Fakhrul padaku. Tambahan pula Fakhrul jenis yang sukar dibaca isi hatinya hanya melalui perwatakan. Atas desakan Reha jugale aku memberanikan diri mengajak Fakhrul untuk bertemu. Niatku sudah pastilah untuk berterus-terang kerana aku sudah tidak sanggup untuk berteka-teki dengan hatiku sendiri.

Kerana tindakan itu, akhirnya aku kehilangan Fakhrul. Selepas pertemuan itu aku dapat rasakan yang Fakhrul seakan cuba melarikan dariku. Panggilan telefon dariku tidak lagi dijawab. Sampai aku pernah pergi ke luar daerah untuk cuba hubunginya gara-gara tidak mahu dia mengenali no yang akan tertera di skrin Nokianya. Aku bertambah kecewa apabila dia sedar aku pemanggilnya terus dia mematikan telefon. Mungkin Fakhrul hanya menganggap aku sebagai teman biasa. Tapi sekurang-sekurangnya berterus-terang bukan bertindak dengan melarikan diri dari aku. Aku lebih rela menerimanya walaupun hanya sebagai sahabat dari aku terus kehilangannnya.

Berbulan lamanya Fakhrul menyepikan diri begitu sahaja. Akhirnya aku dapat tahu dari kawan-kawannya bahawa Fakhrul sudah bertugas di luar daerah atas permintaannya sendiri. Begitu sekali tindakan Fakhrul untuk melarikan diri dari aku. Dari kawan-kawannya juga kutahu yang Fakhrul memang tidak pernah ingin serius dengan mana-mana wanita kerana dia pernah dikecewakan.. Mungkin dia tidak percayakan wanita lagi dan tidak mahu ada sebarang komitmen lagi. Ternyata Fakhrul bertindak menjauhkan diri dariku bukan kerana dia sudah memiliki seseorang yang istimewa. Mungkin perkenalan yang dimulakan hanya sekadar untuk mencari kawan. Aku yang silap kerana bertepuk sebelah tangan.

*************************************

Sejak itu bagiku lelaki seakan tidak wujud lagi dalam kamus hidupku. Hanya janji pada diriku yang aku mesti melupakan seraut wajah yang cukup istimewa buatku itu. “Engkau ni kan, aku pun tak faham. Punya banyak lelaki yang gilakan kau tapi si Fakhrul tu juga yang kau tunggu. Si apek tinggi lampai tu bukannya tak handsome, hari-hari pujuk kau. Bagi hadiahle, buat surprise le, macam-macam lagi le dia buat nak pikat engkau, tapi aku tengok engkau tetap buat tak faham!” kata Reha.

“ Sape? Daniel? Oh... no!no!no! Memangle dia baik, handsome, kaya tapi he’s not my taste. Apa kata kau je tackle Daniel. Baru padan dua-dua spesis Baba Nyonya.”

“Aku pulak. Habis tu mana aku nak campak yang sorang lagi tu. Apa yang kau tunggu lagi, si Fakhrul tu entah kat mana sekarang. Jangankan orang, bayangnya pun aku tak pernah nampak. Tolongle Lisa, wake up!” leteran si Reha dah bermula.

“ I’m not in dreaming Reha. Tapi engkau pun tahu, dah bertahun aku cuba lupakan Fakhrul tu tapi makin aku lupakan makin kuat rindu aku pada dia. Engkau pun tahu dah berapa kali aku asyik break off gara-gara aku ikut cakap kau terima je yang mana nampak menarik, last-last aku kecewakan kerana aku still tak lupakan Fakhrul. Cukuplah, dah berapa orang aku kecewakan. Aku dah tak nak lukakan hati orang. Baikle aku terus camni. Sekurang-kurangnya aku tak ganggu sesiapa kan?”

************************************

“Woit! Dari tadi aku tengok engkau ni asyik termenung je. Engkau ada masalah ke?”

“Reha,... aku...... aku.... bingung sangat” air mataku mula menitis.

“Kenapa ni, cuba kau berterus-terang ngan aku. Kita kan dah lama berkawan”

“Dia... dia.... Muncul kembali Reha”

“ Sape? Fakhrul? Bila kau jumpa dia?”

“Tak, aku tak jumpa dia pun. Cuma semalam masa aku ngah keje aku dapat call, rupa-rupanya dia. Kalau boleh dia nak sangat jumpa aku”

“Habis kau macam mana? Engkau nak jumpa dia?”

“Itu yang aku pening ni. Masa aku tahu dia yang call, hati aku melonjak gembira. Memang aku amat rindu melihat wajahnya. Tapi bila aku terkenang apa yang dia pernah buat, aku jadi geram, marah. Tambahan lagi bila aku teringat masa birthday dia 3 tahun lepas, ketika aku cuba gak call dia semata-mata nak wish birthday dia. Tapi tahu-tahu dia ngah dating ngan ex-girl yang pernah kecewakan dia dulu. Menangis aku dibuatnya.”

“Engkau fikirlah baik-baik. Aku tak boleh nak kata apa-apa. Kalau ikut aku, memangle aku rasa kau tak payah layan terus. Dulu dia yang jual mahal sangat. Sampai kawan-kawan kita cakap engkau tu dah macam perigi cari timba. Tapi aku tahu hati engkau masih menyayangi dan menyintai Fakhrul kan? Kalau tak takkanlah sampai sekarang ni kau masih takde teman istimewa. Apepun sebagai kawan aku tetap menyongkong ape sahaja keputusan yang engkau ambil. Lagipun aku rindu sangat nak tengok kau benar-benar gembira macam dulu. Aku doakan apa sahaja keputusan yang kau ambil akan membahagiakan engkau,” kata Reha.

“Terima kasih Reha! kau memang kawan aku,” kataku sebak.

‘Eh, dahle tu nanti aku pun menangis. Dah-dah pegi mandi. Malam ni aku belanja.”

“Okey, sayang kau.”

*******************************

Dah 3 hari berturut-turut wajah Fakhrul muncul dalam tidurku. Argh..... aku mesti pergi menemuinya. Walau apepun yang akan terjadi aku kena terimanya sebagai hakikat hidup.

*******************************

“Hello, err... Fakhrul?”

“Yap, Comel ye. Awak call pun, penat saya menunggu. Marah sangat kat saya kot.”

“Tak! Tak! Saya sibuk sikit kebelangan ni. Lagipun lepas ni kan cuti raya lak... so.. banyak keje yang saya kena settlekan sebelum bercuti.”

“ Comel, saya nak sangat jumpa awak. Rindu sangat kat wajah comel awak tu! Kita berbuka puasa sama ye petang ni?”

“ Tapi...”

“Takde tapi-tapi. Please, jangan menolak. Saya tunggu awak kat Teratai Cafe petang nie. Awak datang tau!”

*************************************

Aku hanya mengenakan jeans serta kemeja kain satin lembut warna biru laut dengan tudung warna putih bunga biru. Memang aku lebih selesa berpakaian begini. Aku hanya mencalit lipstick Loreal True Rosewood kegemaranku.

Aku sampai di Teratai Cafe dalam 6.45 pm. Berat rasanya nak melangkah keluar dari GTi kesayanganku ini.Ya Allah! Berilah hamba-Mu ini kekuatan. Dari jauh aku nampak melihat seraut wajah yang amat aku rindu. Mataku mula berkaca-kaca. Tapi aku kuatkan kakiku untuk melangkah. Fakhrul sudah melambai padaku.

“ Comel!!! Lama betul kita tak jumpa kan? Awak masih comel macam dulu. Cuma saya lihat awak........... bertambah lawa sekarang. Kalau dulu awak kelihatan seperti remaja yang penuh dengan keceriaan, tapi sekarang awak nampak seperti wanita yang penuh dengan keyakinan. Tentu ramai yang cuba memikat awak kan?” Fakhrul memulakan perbualan sebaik sahaja aku duduk berhadapan dengannya.

“ Takdelah, pandaile awak!! Bukan COMEL ye tapi Lisa. Lama betul awak menghilangye! Sampai dah rabun. Ingatkan dah tak dapat jumpa awak dah!”

“Awak janganle cakap macam tu. Bukan menghilang tapi................”

“ Tapi ape?.... Mengelak atau melarikan diri?” aku lihat raut wajahnye jelas berubah.

“Okey,okey. Kita tutup dulu cerita lama. Dah masuk waktu berbuka ni. Kita makan dulu. Harap selera awak kena dengan makanan yang saya order ni.”

***********************************

“Hai, Lisa! Berseri-seri aku lihat engkau sekarang ni. Macam mana engkau ngan Fakhrul?”

“Okey je, tapi just a friend ye! Nothing special. Lagipun Reha, aku takut. Biarlah kami terus begini. Aku lihat dia pun seakan lebih selesa dalam hubungan sebegini. Kami lebih mesra. Walaupun aku masih menaruh perasaan padanya, tapi aku tak nak kerana perasaan itu aku akan kehilangannya sekali lagi. Biarlah terus terpendam dalam hati aku. Yang penting dia sentiasa dekat dengan aku sekarang.”

“Suka hati kau le. Tapi janji ngan aku yang kau takkan menangis lagi kerana dia. Kalau tak...... dia tahu langit tinggi rendah.’

**************************

“Reha, engkau kat mana ni?”

“Aku on the way balik. Kenape?”

‘Takpelah, nanti aku story. Aku tunggu kau kat umah ye.”

15 minit kemudian deruman enjin kereta Reha kedengaran.

“Lisa, mana kereta kau?”

“Aku accident at simpang depan office aku tu.”

“Apa? Habis engkau camner? Kereta kau?”

“Aku okey. Just badan aku sakit sikit. Tapi kereta aku teruk gak le. Tapi dah hantar bengkel. Fakhrul yang hantarkan tadi. Masa aku accident tadi, aku tak teringat sesiapa pun kecuali Fakhrul. Jadi aku terus le call dia. Masa dia sampai, aku tengok muka dia pucat giler. Sampai aku terfikir aku yang accident ke atau dia? Dia le yang beria-ria bawa aku kehospital. Aku dah kata aku tak apa-apa tapi dia still paksa nak bawa aku pergi hospital. Aku pun ikut je lah. Kan dah dapat MC 2 hari. Aku bab cuti ni yang aku tak berkenan sangat. Tambahan aku tengah banyak keje sekarang ni. Silap-silap tak cuti raya lak aku nanti.”

“Maunye tak risau, buah hati kesayangan accident. Takkanle dia boleh maintain senyum lak. Aku rasa kan, dia pun dah tangkap cintan ngan engkau le. Kalau tak, takkanle sampai begitu sekali susah payahnye.” ngomel Reha.

“Pandaile kau. Jangan nak merepek ye..... Lagi satu janji ngan aku yang engkau tak beritahu mak ngan abah aku ye. Aku tak nak diaorang risau. Lagipun aku tak apa-apa. Okeylah aku nak mandi kemudian aku nak berehat.”

“Okey. Bisa diatur...... kalau engkau perlukan apa-apa panggil aku yek. Aku pun tak ke mana-mana malam ni.”

Tatkala aku hampir melelapkan mata kedengaran melodi lagu favourite aku ‘If You Are Not The One’ berbunyi dari Nokia 7250 dan kerana melodi tu juga aku sudah tahu siapa pemanggilnya.

“Assalammualaikum. Comel, saya ni. Maaf mengganggu. Comel tak tidur lagi?”kata Fakhrul.

“ Waalaikummussalam. Belum lagi. Cuma ngah baring-baring.”

“Badan awak dah ok ke?”

“Saya okey. Awak jangan risau. Saya kan superwoman. Lagipun selama ni sakit pun saya tanggung sendiri. Takde orang pun tempat saya nak mengadu. Selain mak, abah ngan Reha, takde orang lain yang ambil berat diri saya.” Ntah ngape ayat itu yang keluar dari mulutku tanpa fikir.

“Comel.... sebenarnya ada sesuatu yang saya nak cakapkan. Saya rasa malam ni juga saya kena beritahu awak.”

“Apa dia?”

“Saya tak tahu macam mana nak cakap tapi yang pasti...... masa awak call saya petang tadi beritahu pasal awak accident, tiba-tiba saya rasa macam nak pitam. Saya rasa seolah saya akan kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup saya.” terang Fakhrul

“Saya tak faham,” kataku mencelah.

“ Comel, saya dah sedar yang saya amat sayangkan awak. Saya tak boleh dan tak nak kehilangan awak! Saya amat risau kalau ape-ape terjadi pada awak. Saya sayangkan awak bukan hanya sekadar seorang kawan biasa.”

“ Tapi.....”

“Please Comel. Jangan cakap apa-apa. Kemalangan awak tadi benar-benar menyedarkan saya betapa saya perlukan awak dalam hidup saya. Dulu saya bodoh dan tak nampak cinta awak. Saya dikaburi dengan kekecewaan lama. Tapi kehadiran awak sekarang benar-benar memberi nafas baru pada hidup saya. Awak buat saya berjaya lupakan segala kekecewaan yang pernah menimpa saya dulu. Malah saya cintakan awak lebih dari segalanya. Tolonglah beri saya peluang.....”

Tut!!!! Talian kuputuskan. Handphone aku terus matikan.

Bermimpikah aku? Gembirakah aku? Adakah dia benar-benar menyintaiku atau sekadar simpati padaku.

**********************

“Assalammualaikum................, Angah mak ni. Angah tengah tidur ke?” kedengaran suara emak dari corong handphoneku.

“Waalaikummusalam. Takle. Angah baru lepas sahur. Mak telefon Angah ni mesti ada ape-ape kalau tak takkan subuh-subuh lagi mak dah call.”

“Angah pulang rumah mak petang ni. Kita berbuka sama. Lagipun mak dengan abah ade hal nak cakap ngan Angah. Esok kan Ahad, Angah pun cuti, kan?” lembut suara emak berbicara.

“Baikle mak. Tapi Angah tak dapat nak tolong mak sediakan juadah berbuka nanti kerana Angah mungkin sampai lewat petang sikit. Angah banyak keje le mak. Nanti Angah beli apa yang patut ye mak.”

“Suka hati Angah le. Janji Angah mesti balik ye. Mak masak lauk kegemaran Angah tau.Assalammualaikum” Emak mengakhiri perbualan...

Ape hal mak ngan abah ni. Baru minggu lepas aku balik berbuka bersama.

****************************

“Angah, mari duduk sini. Ada perkara yang nak abah ngan mak bincangkan dengan kamu,” abah memulakan kata sebaik sahaja kami bertiga pulang dari surau untuk solat terawikh.

“Macam ni Angah, baru-baru ni ada orang datang rumah berjumpa mak ngan abah bertanyakan kamu. Hajatnye nak melamar kamu.”

“ Tapi, mak.”

“ Angah, mak dengan abah pun mulanya terkejut juga. Lagipun setahu kami Angah tak pernah cerita langsung pasal kawan lelaki Angah. Tapi mak suka tengok orangya. Tambahan cara dia bertutur seakan cara abah kamu Angah. Masa dia datang pun hanya sorang-sorang. Katanya dia saja tak bawa sesiapapun ahli keluarganya kerana dia minta mak ngan abah tanya Angah dulu sebelum dia bawa keluarganya untuk meminang. Dia hormati walau apepun keputusan Angah. Sungguh-sungguh dia beritahu abah kamu yang dia amat sayangkan kamu. Tapi katanya dia tak paksa Cuma dia nak mak ngan abah tahu yang dia amat sayangkan Angah. Kalau tak salah mak namanya Ahmad Fakhrul Zaidi.

“Kamu kenal kan?” terang emak panjang lebar.

“Ar.... Mak ngan Abah ni cakap betul-betul. Memang Angah kenal Fakhrul tu tapi selama ni pun kami hanya kawan biasa. Lagipun Angah tak percaya yang dia benar-benar nak mempertisterikan Angah.”

“Betul Angah. Takkanlah mak ngan abah nak tipu Angah pula. Fakhrul pun ada beritahu kalau kita tak telefon dalam masa terdekat ni, dia akan anggap yang kita setuju dengan lamarannya. Kalau jadi raya nanti dia bawa rombongan meminang katanya.”

Benarkah apa yang aku dengar sekarang ni. Adakah Fakhrul benar-benar ikhlas untuk mejadikan aku suri hidupnya? Ya Allah, andai benar Engkau restuilah hubungan ini.

“Maknye,nampak gaya Angah senyum je tu. Tanda setujule tu. Alhamdulilah bakal terima menantule kita,” abah bersuara mengejut aku dari lamunan.

***************************

“Sayang Abang! Mengelamun panjang nampak! Apa yang Sayang menungkan?”

Eh, Abang! Takde apa-apa Cuma.... Sayang rasa amat bahagia sekali sekarang ni. Terima kasih Abang. Walaupun sampai sekarang Sayang masih tak tahu apapunca sebenar Abang elakkan diri dari Sayang dulu. Kalau dulu..............,”

“Ar.... Sayang! Kan Abang dah pesan jangan ungkit kisah lalu. Yang penting sekarang kita dah bersama, kan? Sayang dah jadi isteri Abang untuk selamanya. Sayang pun dah janji ngan Abang,kan? Kita nak hidup bersama untuk masa kini dan masa akan datang bukan untuk masa lepas kan?”

“Maafkan Sayang, Abang. Sayang cintakan Abang.”

“Iye, Abang tahu. Abang pun cinta sangat kat Comel Abang ni. Tapi nanti Abang dapat lagi seorang Comel,kan?” kata Fakhrul sambil mengusap perutku yang semakin membonyot. Dah hampir lapan bulan usia kandunganku.

Ya Allah, terima kasih atas rahmat-Mu. Aku amat bersyukur......

Read more...

satu memori... satu cerita...satu cerpen...

petang ni suasana dingin je coz matahari x kelihatan... hujan... mulale sejuk gedik duk dlm opis nie. perut pun mulale menyanyi walaupun x smpi 3 jam melantak luch td.. nasib baik ari ni boss aku ade bw 'brownies'... sedap.. so leh le aku buat kudap2.
sejuk-sejuk tiba-tiba teringat lak cite-cite dulu, yg lebihnye cite cintan-cintun monyet le... honestly dulu aku ni terlalu le takut ngan kulit aku sendiri. bg aku, aku ni hitam melegam.. apatah lagi bila tgk tgk kakak aku yg punyele ramai peminat nye..., ( kakak aku lak putih melepak cam cina). so .. korang bygkan seawal usia aku 7 thn aku penah ty mak aku soalan ni... " mak.. adik esok besar kan ade org nak kawin ke,, adik ni kan hitam?" mak aku yg agak terkejut beruk ngan soalan anak bongsu dia ni ...tanpa pikir panjang pun jawable" apele adik ni.. tu tengok kak tak tu kawin je.. dengan askar lagi.. " ( kalau nak tahu, KAK TAK tu nama panggilan seorang kakak yg duk dkt kedai mak aku dulu, dia ni hitam betul sampaikan kalau org tak kenal dia sure kata dia bangsa india.. so selalule org ter'cakap tamil ngan dia) pastu aku pun sengih2 je..
masa aku sek lak aku selalu pikir sure budak lelaki takkan kacau aku coz aku nie... hitam+garang cam singa... tp hakikatnye... cinta monyet aku bermula masa aku darjah enam... lama gak aku kwn nagn dia ni sampai form four aku minta 'clash' dgn alasan aku nak enjoy lgpun aku terlalu muda... tp kenyataannye masa tu saham aku melambung giler ( sampai naik giler) so aku takut nak mengaku ade special bf kalau2 ade yg nak kenen2 aku...:-)
so.... sejak tu aku takde sesape yg aku ngaku special sampai le aku bertemu somebody ni.... dgn dia ni lama gak aku kwn.. x last putus coz mak dia kata dia nak kawinkan anak dia dgn anak angkat dia yg graduan U. masa tu aku sek so mak dia kata aku ni belum tentu ade masa depan ( ade ke patut)... bermula episod aku yg mula tak nak ade sesape special lagi... tp lain lak jdnye ngan ex aku tu, putus je nagn aku, dia buat perangai . tengok2 satu hari tu mak dia call aku minta aku kwn blk nagn anak dia coz dia kata dia tak nak anak dia terus hanyut+merana. aku pun terima tp niat aku utk bg mamat ni baik...tp bkn kembali jd special cuma KAWAN ( mak dia tak tahu, mak dia ingat kitaorang dah berbaik balik)....dlm masa aku kembali rapat dgn mamat tu MUNCUL kembali seorang ni. Org ni kalau korang nak tahu,first time aku kenal dia masa aku ngah takde somebody special . masa tu aku punye suke giler kat dia sampai aku penah janji ngan diri aku.. kalau dia ni jd special aku, aku nekad akan setia dan tinggal semua ..last2 dia menyepi.. rupanye aku bertepuk sebelah tgnle) nak tahu citer seterusnye bacale cerpen yg akan aku tempek lepas ni... cerpen tu kisah betoi tp aku modified sikit2 supaya sedap jln citenye (bg aku le) kalau boring jgn baca smpi abih.... ekceli sebenarnye aku ni mmg minat tulis cerpen sejak aku kecik.. tp aku frust ebtoi bila koleksi cerpen rekaan aku u ade member aku pinjam tak pulang2. so aku dah stop menulis cerpen. aku mula balik ni pun pas aku bertemu nagn hubby aku nie...

Read more...

Kahwin...kahwin...kahwin....

05 December 2007

he!he! lain mcm benor bunyi topiknye kan.. bukan ape aku dah tak tahu nak melalut ape dlm blog ni tp atas permintaan kawan aku (liana demi ko ni) aku pun memikirkan ape yg aku leh melalut kat sini...
bila time cuti sekolah ni ramai le kengkawan yg ambik kesempatan utk adakan kenduri kahwin.. maklumle senang tetamu nak dtg kot..(tetamu nye semua budak sekolah je ke)... he!He! pelik kan org selalu buat kenduri time cuti sekolah coz pikir senang sedara ngan jemputan yg lain hadir kerana anak cuti sekolah. tp bg aku ngan mak aku lak.. kitaorang cari tarikh yang bukan cuti sekolah.
bukan ape ade betoinye gak kata mak aku, time cuti nanti byk sgt kenduri .. kang org tak semua leh dtg,, yelah ade yg nak gi kenduri lain le.. takpun ade yg terlupa coz byk sgt jemputan.. mcm kat opis aku skrg ni.. berderet kad jemputan kahwin...time aku kawin dulu hari sabtu kakitangan kerajaan masih keje, cuti cuma sabtu pertama & ketiga. so mak aku pilih sabtu yg bekerja coz katanye mudah pelanggan kedai dia nak dtg.. diaoarang kan keje so balik keje terus le dtg kenduri...
so yg lawaknye masa kenduri aku tu, jdle cam pakai seragam lak.. mana taknye,,mula satu kump staf berpakaian pos datang ( siap bw moto yg sarat dgn surat2), pastu staf hospital, pastu staf polis& trafik.... dan lain2 le. dah tak ingat coz aku nmpk dulu pun dr tingkap bilik pengantin aku sampai aku gelak sorang2....
emm kesimpulannye semua org ade sebab tersendiri kenapa tarikh2 tersebut dipilih. so berbalik pd topik aku ni kat bwh ni adele aku tempek gmbr2 kawin member@kenalan yg aku ade pc kawin korang. yg mana takde gmbr kalau teringin nak aku tempek, mehle send pic kat aku.. yg belum kawin tp nak gak ade gmbr.. cepat2 le kawin.. gmbr bertunang tak diterima yek...(wakakaka... jgn mare)


ni wed pic aku le

ni wed pic boss aku ( K anis)


ni wed pic member aku liana PPQ

ni wed pic member aku liana FPE

ni wed pic member aku siti maisarah

ni wed pic bekas senior aku kat asputri convent ( faizatul farah)

ni wed pic bekas junior aku kat asputri teluk intan ngan kat smtlc (hanie)

ni wed pic ex student smtlc (qeen)

ni wed pic exclassmate aku kat smtlc

ni wed pic laila FPE


p/s : kepada empunya pic di atas sori ekk.. tempek gmbr korang without asking your permission...
coz tak salah rasanye kan.. ni kan gmbr korang yg cantik....

Read more...

HuJuNg MiNgGu Di IpOh....

03 December 2007

Lawak betul bunyi tajuknye. Bukan ape mg ni angin rajin utk mencoret di blog ni. so cuti minggu pun sempat nak cite ngan tempekkan gmbr kat blog ni.. Mg ni balik ipoh.. dengan zura sekali aku angkut. so.. bila zura dah dtg sekali ni.. mulale plan nak ke mana coz kesian lak si minah tu nanti boring lak dia terperuk je kat umah aku tu.
SO pepagi sabtu tu dah plan nak ke JJ cari ape yg patut. atau lebih senang kata nak buang duit. Bab nak memperabihkan duit ni serah je kat aku, sure terror. sampai je JJ awal lagi so bykle gak parking tak yah aku pening kepala nak pusing2 cari makan.


Umi Zura ngan Faidhi

sampai je terus le tuju ke theme park JJ. si kecik tu belum ape2 dah sengih2.. tgkle aksi2nye ni...

Naik kuda

tunggang kuda

ngan beruang koala

sebelum sampai ke theme park tu sempena krismas ni JJ ade buat stage utk pertunjukan.. so sempatlah berposing jap kat situ


iskh.. si kecik nak lari lak

gambar blur... camerawoman nak terkucir....

he!he! gmbr ni saje aku edit buat frame coz ade budak nyelit lak ms nak snap tu...

p/s : zu.. nasib baik aku tak leh nak snap gmbr ko naik basikal terbang tu (aku senak perut gelak tgk ko ngayuh basikal tu) .. kalau tak dah lama aku tempek kat sini.

pas dah puas bergambor barule shopping sikit2.. pastu dah nak kena balik coz nanti Tok&Tokwan si Faidhi nak dtg. lgpun ayah Faidhi kul 5 dah abih keje ni... mlm nanti kita sambung lak yek.. coz mlm nye plan nak ke Fun fair saje bw si kecik coz dia tak penah pegi lagi.

mlmnye gerak le ke fun -fair tu.. tp gmbr tak snap khusyuk melayan + join si kecik main.

Pagi ahadnye tak ke mana.. coz nak berurut d umah mertua, bdn ni dah ngalahkan org tua.. asyik lenguh2 je.. ni le byk sgt minum ais..

Yeah aktiviti petang kita ke Padang Polo...


faidhi yg seronok bebas berlari


lari.. ibu dah kejar!!!



aik.. mana lak ibu ni dah penat ke???



ayah berjaya menangkap akhirnya...



ayah & faidhi yg kepenatan

Read more...

JAMUAN RAYA UPSI a.k.a' OPEN HOUSE'

30 November 2007

ni citer dah basi dah ni.. 9 nov 2007 tu, UPSI buat jamuan raya untuk staf & student upsi.. so thn ni Canselori kena jaga satay lak.. seperti biasale staf PPQ akan jadi org yg plg sibuk. antaranya aku ngan liana le.. biasale dah boss aku ni org kuat Canselori so anak-anak buah tu turut join jd org kuat. punyelah laku satay hj samuri tu.. sampai tak menang tangan nak bungkus, nak cedok kuah,.. nasib baik bakar satay kipas satay bukan tugas canselori.. itu hj samuri punye staf le kipas.

diana, liana, &????

aku & liana ( yg konon2 sibuk tp sempat gak berposing.)

nak satay?

zura yg serius!!!!

antara kawan-kawanku yg sibuk

aku yg letih+sibuk

urusetia & tetamu

urusetia yg kepenatan & kelaparan mencari makan

yana yg sibuk

p/s : ida.. tq kerana sudi ambik gambar2 nie..

Read more...

sambung daa....

selamat pagi.... ni sebenarnye sambungan smlm...huhuhu.. leh main sambung-sambung lak...
berbalik ps cite besday aku... aku rasa aku penah celebrate besday aku plg meriah pun thn 2000.. masa tu umur aku baru 18.. swett 18th katakan.. ingat lagi masa tu ramai betul yg dtg... makanan pun leh thn... melayang gak duit tp takpe berbaloi coz hadiah pun byk.. dan yg penting meriah...yg tak tahan masa tu berlaku lak masam muka, berpaling muka.. aku le pandai2 ajak semua rupanye walaupun dah ex-ex tp ade gak perasaan jealous sama sendiri.. yang nyata tak semua tu menjadi ngan aku... x last hubby aku sekarang bukanlah antara yg hadir masa parti tu.. apepun hubby aku tetap the best antara semua tu... aku bersyukur dia adalah jodohku. ehh dah melalut lak...

mg lepas balik ipoh.. coz aku ade interbiu kat JPN perak.. kalau dapat.. Alhamdulilah coz dptle aku tggl sekali ngan hubby. ade le rupa org berkeluarga. ahad nye ke Gunung Lang.. coz kawan hubby aku ni baru nak berjinak-jinak ngan dunia 'photographer' ni. so.. family, dia ngan family aku jdle model tak bergaji.. yg plg suka bergambar tentulah anak aku nagn anaknye (azim). dah cam model kanak-kanak lak. bila dipikirkan.. sape yg kena ambik gmbr model kanak2 sure penat giler.. mana taknye dengan nak kejar lagi, nak bagi diaorang tak bergerak sebelum snap lagi... pening-pening... x last ade le gmbr2 yg dia dah bg aku , aku tempek kat bwh nie...

my happy family

Faidhi

Faidhi ngan Hassan Azim

p/s : jan, kalau perlukan model tak bergaji lagi, jgn lupe calling-calling je kami... :-)




Read more...

NoVeMbEr................

29 November 2007

bulan november... bulan kelahiran aku.. em... tahun ni bertambah lagi umur aku... seperti thn-thn sebelum ni... ape yg aku pikirkan bila tiba besday aku TENTULAH... ape yg aku ade setakat ni ( maksudnye pencapaian hiduple).. tahun 2007... yg paling utama aku bersyukur kerana hingga saat ni Allah masih kurniakan umur dan kesihatan yg sihat utk aku...yg lain-lain...
1) thn ni aku sambut besday bersama hubby ngan baby aku.. (FARIZAL&FAIDHI)
2) aku still duk separate ngan hubby ( so weekend jelah jumpa)
3) mak ngan abah sihat (moga panjang umur dan sentiasa dalam keredhaanNya)
4) kojie dah kawin nagn org sarawak
5) shida still .....
6) hasrat aku nak continue study masih tak terlaksana
7) masih dpt maintain berat badan ideal ( cam dulu aku ni kurus sgt ) kalau leh nak berat sikit lagi :-)
8) emmm yg ni payah sikit nak ckp... teringin sgt nak hubby aku suprise ape2 sempena besday aku ( nmpk gayanye sampai bila2 pun aku tak kan dpt ni) **** tp apepun honestly aku still bersyukur coz hubby aku walauun dia tak romantik , tak ambik tahu psl tarikh2 penting( besday aku ke, anniversary kitaoarng ke.. etc) tp yg pasti dia leh terima aku seadanya.... dan aku still ingat ape dia buat masa aku pas bersalin Faidhi dulu.. "THANK YOU ABG"... LUV U!!!

p/s": cepatlak masa.. esok aku sambung lagi.. dah tak sempat nak sambung nie...

Read more...

Citer-citer raya

24 October 2007



malas betul nak menulis di blog ni tp gatal nak terjun ke dunia blog. apatah lagi bila tengok semua org pakat buat blog... bila buka blog kengkawan time nis emua citer pasal raya.. so aku pun join le nak buat citer raya....

raya thn ni mmg lain sesangat... bayangkan malam raya aku berada di tg malim.. tapi bukan sorang2 le .. semua kumpul di umah sewa ku coz esoknye 13/10/2007 (raya pertama) nak bertolak ke Kuching.. APe ke hal pegi ke kuching lak ni.. hari raya lak tu???
Ekceli abg aku KOJIE ade kenduri akad nikah kat sana.. Kojie oo kojie ngapelah dekat sangat bakal isteri yh hang cari...

so.. pepagi raya tu kaum2 adam ni pegilah solat di masjid tg malim... aku lak siap ape2 yg patut utk isi perut semua... nasib baik mak ade bawa rendang, ketupat, nasi himpit, kuah kacang.. so terasa le gak suasana raya.. aku lak goreng nasi...
sampai kuching dah 6 lebih.. ari pun dah nak gelap... esok barule ke tempat kenduri untuk majlis akad nikah dan kenduri sanding Kojie..... (bwh ni ade le sikit2 gmr kenduri tu) dptle gak tgk adat org sana.. tak byk beza cuma adele satu dua yg tak penah tengok...
yg bestnye anak aku Faidhi.. dr awal bertolak sampai le hari kedua tu langsung tak meragam.. asyik ketawa, menyanyi, sakat org.. cam tahu2 je kita ni ngah jalan2...

so.. kesimpulannye Ibu leh bawa Faidhi jalan2 lagi coz dia mmg sporting.. walaupun ngantuk tetap ditahan jalan2 punye pasal...entahle kata Tokwan&tok nye ikut Ibu "kaki jalan"... Ye ke? entahle yang pasti kalau kuah mestile tumpah ke nasi kan... jgn tumpah membazir udahle... wakakaka.....

hari ketiga RONDA TIME.. sebenarnye inile tujuan utama ke Kuching ni.. Kojie.. maap yek... bukan ape sambil menyelam minum ari le kan... tapi tak berapa best coz byk gerai yg tutup.. maklumle org semua nak beraya..





Read more...

Faidhi... oo.. Faidhi

07 September 2007

3 September 2007... kul 11 malam.. si kecik dh mula ngantuk.. aku lak minta abang tidurkan coz byk keje aku nak buat coz esok pagi2 aku kena bertolak ke tg malim...kul 12.30 tgh mlm.. tiba-tiba si kecik ni terjaga.. tgk2 bersembur-sembur muntahnye.. panik giler aku dan abang dibuatnye... tak penah camni... habis semua cadar, selimut... basah... aku bersihkan dia..nasib baik dia nak tido semula.. 1/2 jam kemudian dia muntah lagi.. bertambah panik aku dibuatnye.. last2 kul 3.00 am pagi aku ngan abg bawa dia ke klinik swasta.. ahh.. cam tak confident je.. Dr pun mamai2 .. yelah dah kul 3.30 pagi.. aku ajak abg ke hospital lak..... terus ke emergency... pas semua check up.. Alhamdulilah dr sahkan takde ape yg membimbangkan.. mungkin dia panas atau terlalu letih... 5.30 pagi sampai ke rumah...kat rumah..sehari suntuk dia muntah.. cirit...lagi bimbang aku dibuatnye.. aku bawa di ke klinik lain lak....makan minum aku pun aku dah tak peduli yg aku pikirkan hanya anak aku.... bila letih muntah dia lena semula.. menitik air mata aku tgk dia .. kesian.. rindu kat gelagat nakal dan aktif dia...masa ni br aku tahu.. macam mana susahnye mak aku dulu membesarkan aku... dia pasti lalui ape yg aku lalui sekarang.... sampai aku doa.. biarlah aku yg sakit dr aku lihat anak aku camtu ...5 September 2007 aku lihat faidhi beransur sembuh.. kurang muntah dan cirit tp selera makannye hilang... aku kuatkan semangat balik ke tg malim.. coz dah dua hari aku EL... malamnye aku nampak Faidhi dah aktif sikit tp masih muntah selepas nyusu.... badan pun dah susut... sian anak ibu... Ya Allah Ya Tuhanku.. semoga anakku cepat sembuh.....

Read more...

MMR

he..he.. hari ni 1 September 2007...bawa Faidhi gi klinik cucuk setahun,,,, terpaksale aku bawa dia ke klinik swasta coz kat klinik kerjaan asyik tangguh memanjang.. akng bising lak boss aku asyik minat cuti lak.. so aku ambik kesempatan cuti merdeka ni cucuk si faidhi.. Alhamdulilah nasib baik tak demam... makin aktif adelah...

Read more...

CUTI-CUTI MERDEKA

31 Ogos 2007..semua cuti sempena kemerdekaan Malaysia yg ke 50... aku lak sambung cuti sampai Isnin coz nak temankan si azura ni urusan di kwsp (p/s: zura ..komisyen .... he!he!he!).... merdeka dah plan nak blk kg mak kat kedah.. bayangkan dah hampir 5 thn aku tak jejakkan kaki kat sana.. derhaka sungguh kan??? wakakaka... bukan ape sejak arwah tok & tokwan dah meninggal rasanye tak meriah bila balik sana... ni nak nangis ni...so.. khamis tu bertolak dr tg malim balik ke ipoh... malam nye tak ke mana coz ujan lebat..so.. pagi-pagi dlm kul 9 bertolak ke kedah....sampai je...waaa... berubahnye dah... semua pakat terbongkang coz kepenatan... pas solat jumaat terus ke tempat mandi manda.. dulu tmpt ni belukar .. ntah ape namanye... skrg diubah suai jd tmpt berkelah.. biasa je tmtpnye.. ikutkan cantik lagi air terjun kat dusun arwah tokwan aku ttp nak memanjat ke atas nye tak sanggup....yg plg seronok tentulah anak2 pakcik tan aku dan anak aku si faidhi... seronok berendam....

Faidhi dah bersiap untuk bertolak.....

bebudak yg seronok berendam

ayah lak tunggu dia berendam.. ibu dah penat


dah berendam kat situ tak pueh hati coz cam tak best je.. pegi lak kat hutan rekreasi sg buaya.. nasib baik dekat je... sampai je terkejut beruk aku dibuatnye.. tak sangka cantik giler diaorang dah buat tempat tu.. sampai baru-baru ni hari sambutan hutan sedunia diadakan kat situ..nampak sgt dah lama betul aku tak balik kg nie.... faidhi minta maaf yek.. ibu takbenarkan berendam untuk kali kedua.... cukup yek....



Read more...

Sedih+kecewa+terkilan++++++++++

08 August 2007


macam mana nak mulakan nie... pagi td balik dr klinik bergegas terus ke upsi masuk keje coz ari ni ade hari pemasyhuran library upsi. abih je masuk pejabat.. lunch time kuar balik gi pekan beli kek untuk besday boy 'Faidhi'
Balik dr pekan masuk je pejabat bermulale episod menyentap hati aku ni.. Nak kata marah tak juga.. tp aku tak tahu ape yg aku rasa. Terkilan sangat bila dgr boss aku kata dia angin bila big boss tak pasal luahkan perkara tak puas hati pasal staff dia kat boss aku nie. Ngape dia tak marah kitaoarang direct tanpa marah pada boss aku ni. For my big boss,,,, honestly dah betahun aku keje ngan boss aku ni aku tak penah pikir nak ambik kesempatan bila bos aku ni takde. kalau aku nak buat dari dulu aku buat perangai. For my boss aku tahu dia mmg perfectionist mcm yg dia penah bgth. dan sejak tu aku dan yg lain cuba belajar utk buat keje seperti yang dia nak.. yang pasti percayalah tak penah niat nak ambik kesempatan bila boss takde nak ngulat or whatever lah yang dia rasa tak patut buat.... BIG BOSS TOLONGLE JGN CKP PUSING2!!!!! PENING!!!! aku harap sgt andai kata boss atau big boss aku ni dapat staf baru.. harap2 staf tu beribu kali lebih bagus dari anak buah yg sekarang.....yang sanggup keje siang malam tanpa berkira.... yang tak kuar minum pagi.... (walaupun aku dan yana tak gak minum pagi di luar) tp mungkin kitaoarang ni degil gak beli pagi2 before masuk pejabat.... for my boss kalau terbaca ni.. tiada niat nak sakitkan hati sesiapa cuma luahan utuk hilangkan stress,,,, yang penting hidup kena enjoy.......adiossss......

Read more...

8 Ogos 2006 - 8 Ogos 2007


Selamat Ulang Tahun Yang Pertama cahayamataku.. Muhammad Nur Faidhi .. Hari ni genap setahun usia Faidhi. Pagi tadi bawa dia ke klinik Tanjung Malim untuk suntikan setahun.. Tengok-tengok tak leh cucuk lak kena tunggu esok. So esok aku apply cuti coz biasanye budak cucuk setahun ni demam. Harap-harap kalau demam pun biarlah sekejap je. Sian lak dia demam.

Read more...

aaa... geramnye aku.......

26 July 2007


ni le first time rasanye aku nak ngamuk dlm blog aku nie... tension ade... sedih ade... geram ade.. nyesal ade... semuale ada... apa korang rasa kalau korang tolong orang sepenuh jiwa tanpa mengira penat... last-last jgn kata nak berterima kasih... lagi diperli ade.. walaupun tak semua yg buat camtu tapi sebab sorang BUDAK POMPUAN ni yg selama ni mmg dah terkenal ngan kegedikan dan kegatalan dia... yang memang tak sayang mulut... nasib baikle aku berjaya coolkan diri aku sendiri, kalau tak dah lama rasanye dia rasa pelempang aku nie.. kalau hal lain takpe... ni bab makanan .. tu yg aku berapi sesangat... ape dia ingat aku kemaruk sgt ngan makanan tu...kalau nak mangungkit pun pandangle kiri kanan dulu.. dia jgn ingat selama ni aku gelak je .. dia leh ckp suka hati dia.. kesabaran aku pun ade had gak.. tp yg aku tak tahannye.. mamat sorang ni lak yg beria-ria minta maaf .. awek ko ke? yp apsti aku mmg takkan maafkan pompuan merenyam ni selagi dia sendiri tak cari aku..... kepada .... nanti aku sumbat mulut ko ngan udang2 tu sampai muntah baru ko tahu!!!!!!!! jgn uji kesabaran aku lagi kalau ko rasa ko tak nak tgk aku naik hantu!!!!!!!!!!!

Read more...

Telah kulalui......

18 May 2007

.... ni le soalan-soalan exam untuk KPSL.....

baru semalam start keje... pas 3 hari memerah otak untuk exam KPSL. Betoi cam kata org soalan nye nampak je remeh tapi poning gak kepala nak pikir.. apepun resultnye nanti... kenale terima.. apepun aku dah try my best. tapi bagus juga ambik sekuranag-kurangnye leh buat panduan kalau kena ambik lagi tp yg plg berguna ialah... buku yang selama ni hanya dipandang dan sekali sekala diselak (PA,PKPA etc) akhirnya ditatapi.. dan bg aku byk rupanye yg kita patut tahu dan perlu tahu tentang perkhidmatan awam ni terutama kalau kita ni penjawat awam... seronok gak aku baca buku tu.. walaupun exam dah tamat hari rabu tu, tp mlmnye aku ngadap gak buku-buku tu coz byk yg aku nak tahu semuanye terjawab dlm buku-buku tu. Lepas ni PTK lak.... Lieza oo Lieza boleh ke nie?????


Read more...

KPSL...OOO... KPSL

10 May 2007


em.. next week aku ade exam KPSL... walaupun examnye 'open book' tp majoriti yang pernah ambik kata exam ni susah very tricky...emm.. apepun aku cuba yang terbaik.. kalau ade rezeki lulus... lulusle...tp doakan aku lulus yek... kepada kengkawan yg sama-sama ambik exam ni 'good luck'...

Read more...
Loading...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP