SELAMAT HARI RAYA.... MAAF ZAHIR & BATIN

26 September 2008

Sekejap je masa berlalu. Hari ini last dah keje esok aku dah start cuti raya. Hari ni gak Hari Ulangtahun Perkahwinan aku yang ke 5. He he rupanye dah 5 tahun jadi isteri orang aku nie.. cam tak caya pun ade. Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu, macam2 dah kitaoarang lalui dalam menempuh hidup sebagai suami isteri ni tp Alhamdulilah semuanya dapat ditempuhi dan semoga jodoh ini berkekalan dunia akhirat.

Kembali ke citer raya. tahun ni aku cipta sejarah aku sendiri. Macam tak caya tahun ni aku ade gak buat kuih raya sendiri. sesape yg kenal aku mmg tahu le aku ni mmg tak penah le teringin & try nak buat coz bg aku, aku takde talent nak buat benda2 tu. Tp tahun ni ntah camner tergerak ati nak cuba buat. Apatah lagi mak aku kata dia teringin nak makan kuih tart nenas gulung tu tp dia nak beli kat org...iskh iksh LIEZA BUAT KUIH RAYA??? hb aku salah seorang yg kagum hu hu ... nampak sgt bini dia tak penah buat kuih kan... coz hb aku ni bab makanan lain ekspecially lauk pauk ke atau mee atau yg seangkatan dgn nnye dia dah biasa sgt aku buat ( coz hobi aku mmg memasak sampai dia tak larat makan ) tp bila tahu biskut raya tu yang dia cam kagum sikit kot.

So akhirnye aku berjaya buat 4 jenis biskut tahun ni... tapi semua yg simple le... cam butter cookies, choc chip cookies, tart nenas gulung, & choc cornflakes... jadi le tu. percubaan pertama le katakan...tahun depan baru kot berani buat yang lelain... ( kalau tahun depan mood masih ade)

di kesempatan ni aku nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang singgah kat blog aku nie.... Kalau sesape rasa nak bagi aku duit raya jgn sesegan yek bg je walaupun aku dah kategori tak patut terima tp aku tetap terima dengan hati terbuka.. he he he he

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Read more...

BLOG YANG BERSAWANG..............2

11 September 2008

MERDEKA & BULAN RAMADHAN
Tahun ni Malaysia menyambut Ulang tahun Kemerdekaan yang ke 51. Alhamdulilah hidup kat bumi Malaysia ni masih aman damai walaupun sekarang macam-macam krisis politik yg melanda Malaysia. Sambut merdeka tahun ni bermakna Umat Islam juga bakal menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang dinantikan kerana bermakna bulan Syawal juga akan menjenguk umat Islam tak lama lagi. Time raya ni baru le dpt jumpe saudara mara yg jarang sekali dapat bertemu. Kadang tu sampai dah hampir tak kenal. Maklumle sebelum tu tgk kecik je, sekali lagi tgk dah tinggi melampai. Aku jugak yang tak tinggi2.. hu hu hu.

Masa aku taip entry ni dah masuk Ramadhan yang ke 10. Cepat je masa berlalu. Raya tahun ni raya ketiga aku dpt sambut bertiga means aku, abg & Faidhi. Bila nak tambah??? Itu le soalan yg aku mula dengar sekarang nie. Dulu masa aku takde anak.. org ty bila nak ade? Sekarang dah ade lain lak soalannye. Erm agaknye org kita ni mmg kaya dengan pelbagai soalan atau mmg mesra alam. Apepun rezeki tu hanya Allah yang tentukan. Kita sebagai hambaNya hanya boleh berusaha,berdoa, tawakal. Buat masa ni aku pun tak tahu ape perancangan sebenarnye. He he tunggu dan lihat jelah...

Raya tahun ni gak kawan baik ku si Kasih (azura) sambut dengan gelaran baru. Dia dah rasmi jd tunang Saiful Wizani. InsyaAllah raya tahun depan dia sambut dengan gelaran baru lagi iaitu “ISTERI”. Apepun aku doakan yang terbaik buat diaorang nie. Kalau yang kenal diaorang ni.. dioarang ni pasangan yg ideal. Comel je dua2. Sampai aku leh bayangkan anak diaoarang nanti sure COMEL BANGAT. Sure kecik & putih melepak punye.

Kalau korang nak tahu azura ni org yg plg byk tolong aku selama aku menetap kat bumi Tanjong Malim. Dari zaman anak dara sampaile aku dah bergelar isteri & ibu ni. Dia sekarang pun secara tak langsung jd mak angkat Faidhi. Selain aku, zura le tempat Faidhi bermanja kat cni, kawan gaduh dia, kawan main dia, kawan teman makan dia... mcm2 lg le. Tu pasal bgn tido je kalau Faidhi tak nampak kelibat zura dia akan tgk aku pastu tanya “ acikcik,,, aner?”

Kalau imbas balik dah byk susah senang kitaorang lalui. Bukan saja penah kongsi umah tp kongsi katil, kongsi bilik, aa tp satu je tak leh kongsi ( HB aku le) he he he. For Azura, kalau baca entry ni Tima kasih byk atas semua yg penah ko buat utk aku selama ni. Aku akan kenang dunia akhirat. Hanya Allah yg akan membalas budi baik ko. Walaupun kita ade gak gaduh ( ade ke ).. takpun aku ni kan garang, TERmarah ko ke, jgn kecik ati ye....

Read more...

BLOG YANG BERSAWANG ...................1

Uhh maleh gile nak update blog tp bila buka blog org lain yg rajin mengupdate blog mula le rasa jeles nak gak update tp kemalasan yang melanda terlalu tinggi… story byk yg nak dikongsi so kena le main campur aduk coz dah tak ingat bila tarikh kejadian sebenar

So bermula dgn sambungan entry sebelum ni pasal Faidhi kena pelentong. hari yg dia dikenalpasti kena chicken pox tu aku pun bwle dia jumpe barber coz tak tahan tgk dia duk garu kepala, ni misi nak membotakkan kepala dia le ni. Baru pelan tahun ni raya rambut dia panjang sikit... takpelah rambut leh tumbuh balik kan.

Aku terpaksa le apply cuti 2 hari nak jaga dia coz parents aku kat Sarawak lagi gi tgk anak koji ‘fauzan’ yang lahir pada 3 Ogos 2008. He he mak & abah dpt cucu lelaki lagi kali ni pun sama cam faidhi lahir tak cukup bulan. Tp Alhamdulilah sihat dan fauzan pun tak perlu tinggal kat wad coz berat dia hampir mencecah 2kg.

Hari Rabu malam tu mak & abah sampai tg malim utk jaga faidhi. Tp aku tgk faidhi punye pelentong tak macam yg selalu org kena. Bintik kecik tp tak berair, (macam ruam merah gitu) ade pun beberapa bintik je, faidhi pun tak menggaru atau merengek. Dia cam biasa jelah. so aku bwle gi jumpe Dr kat Ipoh. Rupanye virus tu tak leh serang sepenuhnye coz Faidhi aku dah ambik suntikan Varilrix ( cegah chicken pox) masa dia umur setahun tu. So Dr kata bintik yg naik pun pasal budak yg kena chicken pox tu mungkin ade bersentuhan dengan faidhi jd kulit kena air bisa tu je. So kesimpulannye kepada parents2 yang anak belum kena chicken pox tu pegile ambik suntikan tu coz dia leh cegah. Suntikan tu leh ambik dr seawal usia setahun atau selagi belum kena chicken pox. Biarle kita kuar duit poket sikit demi keselamatan coz klinik kerajaan mmg tak provide suntikan ni. Kalau tak sian tgk budak kecik duk merengek gatal le, makan pun kena pantang. Alhamdulilah Faidhi pun takde parut cam parut bekas chicken pox tu.

Muhammad Fauzan b. Mohamad Fauzi

Faidhi sebelum dibotakkan
dah selamat botak


Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP