SELAMAT HARI RAYA.... MAAF ZAHIR & BATIN

26 September 2008

Sekejap je masa berlalu. Hari ini last dah keje esok aku dah start cuti raya. Hari ni gak Hari Ulangtahun Perkahwinan aku yang ke 5. He he rupanye dah 5 tahun jadi isteri orang aku nie.. cam tak caya pun ade. Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu, macam2 dah kitaoarang lalui dalam menempuh hidup sebagai suami isteri ni tp Alhamdulilah semuanya dapat ditempuhi dan semoga jodoh ini berkekalan dunia akhirat.

Kembali ke citer raya. tahun ni aku cipta sejarah aku sendiri. Macam tak caya tahun ni aku ade gak buat kuih raya sendiri. sesape yg kenal aku mmg tahu le aku ni mmg tak penah le teringin & try nak buat coz bg aku, aku takde talent nak buat benda2 tu. Tp tahun ni ntah camner tergerak ati nak cuba buat. Apatah lagi mak aku kata dia teringin nak makan kuih tart nenas gulung tu tp dia nak beli kat org...iskh iksh LIEZA BUAT KUIH RAYA??? hb aku salah seorang yg kagum hu hu ... nampak sgt bini dia tak penah buat kuih kan... coz hb aku ni bab makanan lain ekspecially lauk pauk ke atau mee atau yg seangkatan dgn nnye dia dah biasa sgt aku buat ( coz hobi aku mmg memasak sampai dia tak larat makan ) tp bila tahu biskut raya tu yang dia cam kagum sikit kot.

So akhirnye aku berjaya buat 4 jenis biskut tahun ni... tapi semua yg simple le... cam butter cookies, choc chip cookies, tart nenas gulung, & choc cornflakes... jadi le tu. percubaan pertama le katakan...tahun depan baru kot berani buat yang lelain... ( kalau tahun depan mood masih ade)

di kesempatan ni aku nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang singgah kat blog aku nie.... Kalau sesape rasa nak bagi aku duit raya jgn sesegan yek bg je walaupun aku dah kategori tak patut terima tp aku tetap terima dengan hati terbuka.. he he he he

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

0 comments:

Loading...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP