BLOG YANG BERSAWANG..............2

11 September 2008

MERDEKA & BULAN RAMADHAN
Tahun ni Malaysia menyambut Ulang tahun Kemerdekaan yang ke 51. Alhamdulilah hidup kat bumi Malaysia ni masih aman damai walaupun sekarang macam-macam krisis politik yg melanda Malaysia. Sambut merdeka tahun ni bermakna Umat Islam juga bakal menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang dinantikan kerana bermakna bulan Syawal juga akan menjenguk umat Islam tak lama lagi. Time raya ni baru le dpt jumpe saudara mara yg jarang sekali dapat bertemu. Kadang tu sampai dah hampir tak kenal. Maklumle sebelum tu tgk kecik je, sekali lagi tgk dah tinggi melampai. Aku jugak yang tak tinggi2.. hu hu hu.

Masa aku taip entry ni dah masuk Ramadhan yang ke 10. Cepat je masa berlalu. Raya tahun ni raya ketiga aku dpt sambut bertiga means aku, abg & Faidhi. Bila nak tambah??? Itu le soalan yg aku mula dengar sekarang nie. Dulu masa aku takde anak.. org ty bila nak ade? Sekarang dah ade lain lak soalannye. Erm agaknye org kita ni mmg kaya dengan pelbagai soalan atau mmg mesra alam. Apepun rezeki tu hanya Allah yang tentukan. Kita sebagai hambaNya hanya boleh berusaha,berdoa, tawakal. Buat masa ni aku pun tak tahu ape perancangan sebenarnye. He he tunggu dan lihat jelah...

Raya tahun ni gak kawan baik ku si Kasih (azura) sambut dengan gelaran baru. Dia dah rasmi jd tunang Saiful Wizani. InsyaAllah raya tahun depan dia sambut dengan gelaran baru lagi iaitu “ISTERI”. Apepun aku doakan yang terbaik buat diaorang nie. Kalau yang kenal diaorang ni.. dioarang ni pasangan yg ideal. Comel je dua2. Sampai aku leh bayangkan anak diaoarang nanti sure COMEL BANGAT. Sure kecik & putih melepak punye.

Kalau korang nak tahu azura ni org yg plg byk tolong aku selama aku menetap kat bumi Tanjong Malim. Dari zaman anak dara sampaile aku dah bergelar isteri & ibu ni. Dia sekarang pun secara tak langsung jd mak angkat Faidhi. Selain aku, zura le tempat Faidhi bermanja kat cni, kawan gaduh dia, kawan main dia, kawan teman makan dia... mcm2 lg le. Tu pasal bgn tido je kalau Faidhi tak nampak kelibat zura dia akan tgk aku pastu tanya “ acikcik,,, aner?”

Kalau imbas balik dah byk susah senang kitaorang lalui. Bukan saja penah kongsi umah tp kongsi katil, kongsi bilik, aa tp satu je tak leh kongsi ( HB aku le) he he he. For Azura, kalau baca entry ni Tima kasih byk atas semua yg penah ko buat utk aku selama ni. Aku akan kenang dunia akhirat. Hanya Allah yg akan membalas budi baik ko. Walaupun kita ade gak gaduh ( ade ke ).. takpun aku ni kan garang, TERmarah ko ke, jgn kecik ati ye....

3 comments:

CRAZY BEAUTIFUL88 September 17, 2008 at 11:41 AM  

salam
samalah situasi nyer ngan kak rose bila nak dapat rezeki pun x tahu lagi, dah dapat 2 orang tanya bila yang ke 3, rasanya dah jenuh nak jwab soalan tu

aizam September 19, 2008 at 3:56 PM  

lieza x nmpk lah tulisan tu.. susah nak baca..

MaDaM LiEzA September 22, 2008 at 8:42 AM  

aa tak nampak.... lagipun skrg ni blogger ade problem. .. dah brp mg aku tgk kalau nak create post dia tak leh select font, size font.. ngape yek... haizam.. please answer me!!!

k rose.. mana jumpe blog saya ni??

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP