cuti cuti di Tiara Beach Resort Port Dickson
13 January 2012
hujung tahun 2011 dah hampir sangat nak abih cuti sekolah.. baru sibuk aku duk cari tempat nak bawa Faidhi bersuka ria.. bukan ape..terpikir lak aku.. nanti buka sekolah cikgu tanya aktiviti cuti sekolah... aku risau jawapan dia.. setiap minggu ibu bawa gi shopping complex... itu bukan aktiviti yang gembirakan dia..aku je yang happy.
mula hubby ajak ke cameron... pikir kat sana sure Faidhi boring.. kami laki bini lak yg perasan honeymoon lagi... ha ha ha
so tema cuti yg utama adalah yang MENGGEMBIRAKAN FAIDHI.. pasti kena cari tempat yang ada mandi manda... laut aku tak nak....
so pilihan adalah a famosa melaka, bukit merah, bukit gambang, morib, & tiara.... survey2 dan ty kengkawan last2 tiara beach resort jd pilihan... walaupun harga melambung kena paham pasal masa tu adalah masa cuti sekolah dan tahun baru... jadi tahun baru 2012 kami sambut di Tiara Beach Resort....
so sabtu pagi kami bertolak ke PD... sampai sana bilik pun dah ready... tapi cuaca amatlah panas.. org ramai tapi tak ramai yg mandi mungkin pasal panas dan ramai lagi yang masih otw...
si Faidhi lak nampak je taman tema air tu dah mengelupur nak terjun.. jenuh aku pujuk naik bilik dulu, tukar baju, nak solat dulu.. then leh berendam sampai petang....
budak yang over excited nak terjun.....
baru bbrp kerat manusia yang mandi
nasib baik dapat bilik view taman tema
okey... ready nak terjun.. tiada sesi bergambar psl ibu, ayah semua nak terjun....kamera tak sape teringin nak pegang... ha ha ha ha
BERSAMBUNG!!!!!!!!!
1 comments:
ingin juga nak sampe ke tiara beach.... sayang jauh....
Post a Comment